
PETALING JAYA: Selepas dua hari menimang cahaya mata, pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora’Asikin Rahmat (Ekin) akhirnya bersedia mendedahkan wajah anak kesayangan mereka.
Bayi bernama Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali.
Kata Mawi,31, nama tersebut dipilih selepas kedua-dua mereka bersetuju kerana tertarik dengan perkataan cahaya selain nama Ekin juga yang berbunyi “nur” pada permulaannya.
Ekin,33, selamat bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, secara normal tetapi terpaksa diberi suntikan ubat pelali kerana menghadapi sedikit masalah untuk melahirkan anak.
WANG TUNAI RM 5000 MENANTI ANDA
Mawi dalam satu kenyataan yang dikirimkan oleh pihak Astro di sini, Khamis berkata, dia amat teruja dengan kelahiran bayi pertamanya itu selepas Ekin beberapa kali mengalami keguguran sebelum ini.
Mawi gembira dengan kehadiran anak pertamanya.“Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini,” katanya.
Menurut Mawi, dia berjanji untuk menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Mawi berkata dia akan membahasakan dirinya “Abi” manakala Ekin pula sebagai “Ummi” untuk anak mereka itu.
Pasangan berkenaan bernikah pada 21 Disember 2008.

loading...
loading...
10 Artikel Pilihan Ramai...
- FASHA SANDHA SEDIH KEHAMILANNYA DI PERTIKAIKAN
- RITA RUDAINI ANGGAP TUNTUTAN NUSYUZ (KEMBALI TAAT) OLEH AIDIL ZAFUAN SEBAGAI KELAKAR
- SAIFUL APEK KALAH MALU DENGAN DAVID TEO
- TAHNIAH FASHA SANDHA HAMIL 2 MINGGU
- ADEGAN RANJANG RUSDI RAMLI & NORA DANISH DALAM FILEM “MENCARI CINTA”
- ” SAYA TAK AKAN JUAL KERETA INI ” KATA BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN AARON AZIZ
- GAMBAR | PERKAHWINAN WATIE (ELITE) & JOEY
- GAMBAR | RITA RUDAINI HADIR DI MAHKAMAH SYRIAH, MINTA AIDIL BERI ALASAN KUKUH
- GAMBAR | PENYANYI AISHAH SERTAI BERSIH 3.0
- GAMBAR | PERNIKAHAN FASHA SANDA & JEJAI



{ 2 comments… read them below or add one }
Mmg comel, wow Rumah baru ye? Nice!!!
Ajumohit recently posted..Semak Keputusan STPM 2011 Secara Online dan SMS
tahniah mawi dan ekin. tahniah, tahniah
TRIGYY recently posted..(ARTIS) Gambar & Nama Anak Perempuan Mawi & Ekin