
KUALA LUMPUR Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi Khamis.
Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM.
WANG TUNAI RM 5000 MENANTI ANDA
Abdul Razak, 46, memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIM FM sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya ‘Dini Hari’ yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, pukul 2 hingga 6 petang.
Beliau merupakan bekas anggota tentera.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor. – BERNAMA
AL-FATIHAH.

loading...
loading...
10 Artikel Pilihan Ramai...
- FASHA SANDHA SEDIH KEHAMILANNYA DI PERTIKAIKAN
- RITA RUDAINI ANGGAP TUNTUTAN NUSYUZ (KEMBALI TAAT) OLEH AIDIL ZAFUAN SEBAGAI KELAKAR
- SAIFUL APEK KALAH MALU DENGAN DAVID TEO
- TAHNIAH FASHA SANDHA HAMIL 2 MINGGU
- ADEGAN RANJANG RUSDI RAMLI & NORA DANISH DALAM FILEM “MENCARI CINTA”
- ” SAYA TAK AKAN JUAL KERETA INI ” KATA BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN AARON AZIZ
- GAMBAR | PERKAHWINAN WATIE (ELITE) & JOEY
- GAMBAR | RITA RUDAINI HADIR DI MAHKAMAH SYRIAH, MINTA AIDIL BERI ALASAN KUKUH
- GAMBAR | PENYANYI AISHAH SERTAI BERSIH 3.0
- GAMBAR | PERNIKAHAN FASHA SANDA & JEJAI



{ 0 comments… add one now }
{ 1 trackback }