Hukum bagi wanita yang menipiskan bulu kening

by Admin on 06/06/2011

in TAZKIRAH

Number of View :3607

Sesungguhnya; Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening

” FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)

-Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

 

 WANG TUNAI RM 5000 MENANTI ANDA

- Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 

- Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

 

-Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

 

-Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

 

-Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 

-Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

 

-Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

 

Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di atas. Wallahu a’lam bissowab.

 

Sumber : Myfriends2u

 

P/S Alhamdulilah.. setakat nie, saya belum pernah lagi menipiskan kening….sama2 la kita renung2kan :)

 

selamat beramal :)

 

 

 

 JOM TGK ADA APA DISINI..WOWW

 Banner
GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

facebook comments:

{ 8 comments… read them below or add one }

UstazAmirul June 6, 2011 at 2:57 pm

info islamik yang menarik…mungkin ramai muslimah di luar sana yang tidak mengetahuinya..tidak semua..tapi hanya segelintir dr mereka. Ada juga lelaki yang buat begitu, menipiskan bulu kening.. :)
UstazAmirul recently posted..Sultan Tengah- The First Sultan Of Sarawak Darul HanaMy Profile

Reply

tiefazatie September 29, 2011 at 11:21 pm

aah..btol jg kan ustaz..

Reply

Shah Rizar June 6, 2011 at 11:51 pm

isteri hanya bole berhias untuk suami.. nice article..
Shah Rizar recently posted..Bila Perempuan Buat SalahMy Profile

Reply

tiefazatie September 29, 2011 at 11:22 pm

aah..btol tue..hee

Reply

eza zularyeza June 8, 2011 at 12:04 am

Gerun membaca ..kesian kat diri sendiri.. entry yg cukup bagus
eza zularyeza recently posted..PANASSS!!!My Profile

Reply

tiefazatie September 29, 2011 at 11:23 pm

aah..huhu..tp mmg bagus kan..

Reply

tiefazatie September 25, 2011 at 3:53 pm

tq 4 sharing dear..=)

Reply

Tentimun January 25, 2012 at 5:38 pm

minta share…tq so much…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: