Aksi Syamsul dalam KL Gangster sebagai Shark.PETALING JAYA: Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara ini sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.
Malah, Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, terpaksa akur dengan idea anaknya Syamsul Yusof selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.
“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan berjiwa lama serta memikirkan filem yang boleh melepasi Lembaga Penapis Filem.
“Bagaimanapun, saya bangga dengan dirinya yang berani membuat pembaharuan dan mahu keluar dari kepompong. Itu saya katakan dari kontek filem. Tetapi saya rasa filem KL Gangster kurang sesuai untuk dijadikan siri televisyen dan tidak akan membenarkan Syamsul mengadaptasi filem itu kepada drama,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
WANG TUNAI RM 5000 MENANTI ANDA
Filem itu menewaskan sebuah lagi filem tentang gengsterisme berjudul Kongsi yang mengutip RM8.4 juta setelah ditayangkan pada bulan lalu.
Yusof yakin kutipan filem itu akan meningkat sehingga RM12 juta jika terus ditayangkan sehingga hujung minggu ini.
Filem ini turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan (Raja Lawak), Adam Corrie Lee, Soffi Jikan dan Sheera Iskandar.
Memikirkan tentang perancangan selanjutnya tentang filem ini, Syamsul bakal mengarah filem KL Gangster 2 (Prekuel), iaitu kesinambungan cerita yang akan mengimbas semula di sebalik cerita dan konflik yang berlaku sebelum itu. Kata Yusof, anaknya sedang dalam proses penyediaan skrip dan perancangan rapi tentang filem aksi itu.
“Setelah mendapat respons positif daripada pengedar filem dari Thailand, kemungkinan filem ini akan dipasarkan ke sana dan bakal menggunakan khidmat pelakon dari Thailand untuk prekuel filem KL Gangster.
“Selain itu, kami akan mencuba mencari pasaran dari negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Walaubagaimanapun, semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi.
Filem ini turut memecah rekod filem Melayu pertama yang mengutip RM1.5 juta selepas ditayangkan di 80 pawagam tempatan pada hari pertama ditayangkan.
Kos pembikinan dan promosi filem ini membelanjakan sebanyak RM2 juta.

loading...
loading...
10 Artikel Pilihan Ramai...
- WANITA DISERANG BUAYA KETIKA MANDI, TERSELAMAT SELEPAS MENENDANG MATA BUAYA
- 18 PEMAIN BOLA SEPAK TERLIBAT DALAM RASUAH
- PILIH KASIH KEMBALI
- Vokal Bukan Sekadar Rupa Rancangan Baru TV3
- Luahan Hati Mamat Sepah, Ingin Bersuka Muka Dengan Rafidah Ibrahim
- Luna Maya elak timbang berat badan
- Cikgu Shida dah ada telemovie??
- Sejadah Kaabah & Utusan Illahi isi slot Cerekarama Mei ini!
- Drama bersiri – Juvana TV3
- NOVEL KASIH YANG SUCI -Sinposis



{ 5 comments… read them below or add one }
tp ble tgk cte nie..cm ada yg xlogik je..haha
wow !!
isk..apanya?
RM 10.3 juta….haha~
haha..sengal..=p